Bila menjelang Ramadhan terdetik di hati ingin kukunci
segala nafsu
Bertasbih dan bertahmid hanya kepada yang Satu
Tiada yang aku mahu
selain redhomu
Namun mengenangkan pelbagai juadah di bazar
Ramadhan
dan keinginan untuk mencuba
setiap hidangan yang menghantu
Perlahan kunci itu aku buka
dan mangganya kubiarkan terbuka
Bukan berarti aku gila
untuk mencari juada berbuka
Sebaliknya agar aku masih bernafsu
untuk berpuasa
Merasai lapar dan dahaga
bersama mereka di zona perang
yang senantiasa berpuasa
dan tiada istilah berbuka
Tiada istilah Hari Raya
Yang ada hanya air mata
Bom dan mortir dihidangkan secara terbuka
segala nafsu
Bertasbih dan bertahmid hanya kepada yang Satu
Tiada yang aku mahu
selain redhomu
Namun mengenangkan pelbagai juadah di bazar
Ramadhan
dan keinginan untuk mencuba
setiap hidangan yang menghantu
Perlahan kunci itu aku buka
dan mangganya kubiarkan terbuka
Bukan berarti aku gila
untuk mencari juada berbuka
Sebaliknya agar aku masih bernafsu
untuk berpuasa
Merasai lapar dan dahaga
bersama mereka di zona perang
yang senantiasa berpuasa
dan tiada istilah berbuka
Tiada istilah Hari Raya
Yang ada hanya air mata
Bom dan mortir dihidangkan secara terbuka