O, angin, bawa keluhku bersama kau,
Melalui pegunungan hijau,
Kepada Dinda,
Yang amat tercinta,
Bawa keluhku bersama kau.
O, angin, bawa cintaku kepada dara,
Tercinta tidak ketara.
Kepada Melati,
Si jantung hati,
Bawa cintaku kepada dara.
Sumber: Madah Kelana (1931).